Saturday 5 July 2014

mencintai tanpa dicintai....

MENCINTAI TANPA DI CINTAI


Kata org kalau nk mencari pasangan hidup, lebih baik cari pasangan yang menyayangi dan mencintai kita spenuh hati..boleh terima kita seadaanya...Jgn cr pasanfan yg kita syangkan dia.... Adalakalanya aku rasa betul kata org tu... Tp..Ahhh!! Tak kan kot ... Tp sekarang setelah aki sendiri merasainya...aku rasa btul kata org tu.... Klu hanya kita yang sayangkan pasangan kita tu...kita yang akan sakit nanti....

Aku sedih, kecewa dan adakalanya rasa menyesal menerpa dlm diri ini... Salahkah aku menyintai seorg lelaki yang bernama suami?? Salahkah aku ikhlas menerima dia seadanya... Adakah aku bodoh kerana sanggup bertahan dengan sikap dan perlakuanya terhadap aku... Apakah salah aku inginkan hidup berkeluarga seperti org lain?

Mungkin ini takdir yang tertulis buatku... Aku tidak dihargai...tidak dicintai dan hanya diterima jika diperlukan.. Mgkin kerana aku tidak secantik siti nurhaliza, tp mungkin dia lupa aku punya hati dan perasaan. Terfikir aku, sampi bila aku harus begini...menahan segala perlakuanya terhadapku... Aku tak perlu wang ringgit..aku hanya perlukan perhatian dan kasih sayang seorang suami yang ikhlas menyayangiku.... Menerima aku sebagai isteri tatkala ijab dan qabul dilafazkanya ketika menikahi aku setahun yang lalu...

Usia perkahwinanku bru setahun jagung.. Walaupun perkenalan kami mengambil masa  lebih 3 tahun..namun aku seolah-olah tidak mengenalinya... Mgkin dia lupa setelah mendapat pekerjaan yang terjamin...matanya sudah terbuka luas, mgkin dia lihat aku tidak layak untuknya setelah dia nampak lebih ramai..wanita yang lebih layak denganya...dia lupa wanita yang selama ini sentiasa menerimanya walau apa jua keadaan. Walaupun ketika itu dia hanya bekerja sebagai tukang rumah yang berjemur di bwh terik matahari. Yang sanggup berhenti kerja mengikutinya ke Ibu Kota??

Aku redha Ya ALLAH andai itu takdirku...Kadang2 aku rasa  Aku tidak kuat lagi untuk mempertahankan hak ku sebagai isteri... Aku lemah pabila terpaksa menelan segala pahit maung hidup bersamanya.. Aku terseksa ketika dia sentiasa mengecewakan aku... Mementingkan org lain lebih dari diriku, hingga sanggup membuatkan hati ini remuk.. Apa salahku....  Apa dosa ku..Salahkah aku  menyayanginya??

Friday 11 May 2012

Salam semua

Berjumpe lg, arinie IBU...IBU....engkaulah ratu hatiku....bila ku berduka engkau hiburkan selalu... Arinie aku nk kongsikan cerita mengenai insan yang tersayang dan teristimewa iaitu IBU.....

Sungguhpun mak aku nie garang orangnyer, tp dialah ibu paling sporting dlm world nie, bukan masuk bakul angkat sendiri, tp bg aku My Mum is the BEST laaaaaaaaaaa....

Sejak di bangku sekolah lagi, teman paling rapat aku mak la, semua aku cita kt mak, bila dh masuk Universiti pun, mak jugak tempat aku bercerita, sampaikan bercinta pun mak juga pendengar setia, sehinggalah bertemu cik P***n nie...heheheheh

Bila keluar berdua jer ngan mak, semua jiran-jiran tanya 'Amboi depa anak depa balik je, keluar 24 Jam, bukan macam anak beranak, Tapi macam adik beradik," huhuhu, mak aku pun apa lagi senyum sampai ke telinga laaaaa......(Dia rasa mcm muda lagi la) sorry mak....huhu

TAPI.... mak aku nie aktif sikit, semua dia nak bt, boleh dikatakan dia superwoman la, orang tukar tayar motor, dia tukar, kiranya serba serbi la di boleh, kalau ayah aku ada senyum dia, untung dapat bini serba boleh.....

Ayah pulak, tak banyak sangat cakapnya, tapi sekali keluar "Bernanah telinga"----HEHEHE, Ayah aku pandai masak , klu mak aku tak sempat dia la Chefnya, mintak apa pun boleh, Nasik Goreng Satu........Siap, hihihi

Tapi sampai sekarang aku igt pesan mak kt aku :

Mak sllu ckp, bila ampa ada anak sendiri baru ampa tau mcm mna nk besaqkan anak-anak, bukan mudah nk jd ibu......

Aku cuba selami perasaan mak aku, mmg betoi susah sungguh nak jaga anak, biaq lelaki mahupun pmpn, mcm2 kerenah ada, yang seorang mcm nie, sorg lagi macam tue...ishk...ishkkk, kesian mak.

Walau apapun, tidak lupa juga kepada Ayah kita yang terlalu banyak berkorban masa, wang ringgit dan tenaga, cari nafkah nk menyara anak-anak, kadang-kadang terharu aku dengan pegorbanan Mak dan Ayah yang sanggup menolak keinginan mereka untuk membesarkan kami adik beradik.

Orang lain makan mewah, pakai baju berjenama, mak n ayah  nk beli baju pun tak nk, katanya nk beli kt anak-anak dulu, "Biaq la beli kat hampa dulu, kami takpa baju lama boleh pakai lagi,"kata mereka...

Mulia kan Ibu dan Ayah kita kn ? sungguhpun hidup tak sekaya org lain, tapi kaya dengan kasih sayang........Tapi, kadang-kadang tersentap bila tgk org buang ibu bapa, Bukan buang anak yaaaaa.... di sebabkan ada manusia macam tu lah ada peribahasa "Ibu sorang boleh jaga anak 10, tapi anak 10 nak jaga ibu sorang pun ssh"...

Kedua ibu bapa tidak pernah pun mengharap wang ringgit daripada anaknya, tp cukuplah kasih sayang... Kalau tak dapat blik pun, telefon bertanya khabar pun jadi laaaaaa, yang penting kita sentiasa ingatkan mereka dalam hati kita, TAPI kalau nak baik lagi, balik jumpa depa la.....

Selagi hati aku tak berubah, aku berdoa kepada Yang Maha Esa akan tetapkan hati nie untuk terus menyayangi dan menjaga kedua ibu bapaku hingga akhir hayatku.... LOVE U MAK dan AYAH

Moral of the story nyerrr.....walau sehebat mana pun kita, dan sekaya mana pun kita, JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI ANAK  kepada dua insan yang telah banyak berkorban untuk kita.....iaitu IBU dan AYAH......Sekian dulu...Chau....



Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua..... Salam Perkenalan dariku...

Hari nie tercapai jugak cita-citaku nk open blog nie, teringin tue dh lama, baru arinie terlaksana, al maklumlah tak berkesempatan, sibuk dengan tugas harian...

Dalam blog nie, aku nk kongsikan perjalanan hidup aku dan keadaan di sekelilingku, kalau ade isu-isu semasa pun boleh la jgk...

Kalau kengkawan nk berkongsi cerita dan pengalam atau pendapat apa yg berlaku di persekitaran juga di alu-alukan, just for fun katakan....hehehe... Cukuplah sampai sini dulu sekapur sirehku, nnt sambung lagi ya...